Saturday 9 April 2011

Jenis-Jenis Pelaburan Emas

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.

Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas yang popular di Malaysia iaitu:


1.Membeli emas fizikal
  • OUB (AUST NUGGETS, GOLD MAPLE LEAF, KINEBAR, PAMP GOLD, S'PORE LION)

2. Menggunakan akaun simpanan emas

Harga Emas Melonjak Naik

LONDON - Harga emas melonjak naik ke tahap tertinggi melebihi USD1,470 (RM4,445) bagi setiap auns (31.30gram) manakala harga perak pula mencecah USD40 (RM120.96) ketika para pelabur mula mencari jalan selamat berikutan kebimbangan faktor dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang di negara zon Eropah.

Harga komoditi berharga itu mencecah USD1,473.07 (RM4,454.56) bagi setiap auns di pasaran London Bullion, meneruskan lagi peningkatan harga pada minggu ini.
Pada masa yang sama, harga perak mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 31 tahun dengan harga USD40.27 (RM121.77) setiap auns.

"Kenaikan harga material berharga itu didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi.  Sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang tinggi", jelas penganalisis Commerzbank dalam satu nota penyelidikan kepada para pelanggannya.

Emas yang menjadi penarik utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.
Ia juga memperoleh sokongan padu pada minggu ini apabila Portugal yang dibelenggu hutang, menghantar satu permohonan rasmi pinjaman berjumlah berbillion dolar kepada Kesatuan Eroph (EU). - AFP

Petikan KOSMO 9 April 2011

Friday 8 April 2011

EMAS pertamaku......:D

Alhamdulillah selepas saya mengkaji dan meneliti mengenai emas ini akhirnya saya telah terbuka hati untuk membeli emas ini. Saya telah bertemu dan berjumpa dengan dealer Publi Gold iaitu saudara Jamal dan membeli emas jongkong 20g. Harga ketika itu sekitar RM 3050.....

harga terkini rujuk PUBLIC GOLD

inilah gambar emas pertamaku.....

6 Sebab utama kita perlu memiliki EMAS dan PERAK...

1.Nilai wang semakin jatuh

Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)

2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang

Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..

3.Emas adalah aset yg mudah cair

Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Tetapi jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran.Jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit pun dapat

Namun pilihan masing-masing,anda boleh menjualnya bila-bila masa

4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi

Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.

5.Pelindung kekayaan

Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.Ia juga kalis inflasi.

6.Portfolio Pelaburan dan Pendapatan

Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

WANG FIAT(KERTAS) vs EMAS

Alhamdulillah, akhirnya saya telah dipilh oleh Allah untuk menulis satu blog khas utk menceritakan mengenai kelebihan dan kekuatan emas kepada semua rakan-rakan di luar sana. pada entry blog saya yang pertama ini, saya akan melakukan perbandingan mengenai kelbihan dan kekuatan EMAS berbanding WANG KERTAS.......

Emas adalah salah satu unsur kimia. Simbol kimia emas adalah Au atau Aurum dan nombor atom 79. Karakter utamanya adalah logam lembut,mudah ditempa,mulur,logam peralihan,stabil iaitu tidak bertindakbalas dengan kebanyakan bahan kimia. Maksudnya emas tidak berinteraksi dengan bahan kimia atau senyawa yang lain. Dengan demikian, emas kekal dan berterusan selamanya - dan tetap berkilau sepanjang waktu!


Bentuk Emas Mentah

Emas digunakan oleh banyak industri, tetapi sejarah utamanya telah menggunakan emas untuk perhiasan dan matawang - kedua-duanya adalah dalam bentuk penyimpan nilai. Emas telah digunakan sebagai penyimpan nilai sekitar 5000 tahun lampau. Emas disukat dan dihargakan melalui Troy ouns dan Gram. Sebagai contoh emas (berkemampuan untuk menyimpan nilai): 2000 tahun yang lalu satu ouns emas dapat membeli pakaian yang berjenama dan berkualiti. Hari ini satu ouns emas juga masih boleh membeli pakaian yang berkualiti. Malah bakinya masih cukup untuk membeli beberapa kemeja, pakaian dalam,sepasang sepatu dan lain-lain.

Apabila dialoi dengan logam lain,perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir,emas 24 karat adalah emas tulin.

Sebagai pelaburan ketara,emas kadangkala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangkamasa panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya.

Emas menjadi semakin menarik disaat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya.


Graf pergerakan harga emas sejak tahun 2000 hingga 2009


Emas telah disebut sebagai "barometer ketakutan." Ketika pakar ekonomi cemas tentang ekonomi - mereka berpaling kepada emas dan menawarkan harga kepada emas. Dua hal utama yang membuat orang gelisah adalah deflasi dan inflasi. Kebanyakannya berfikir bahawa deflasi adalah "penurunan harga" dan inflasi adalah "kenaikan harga." Sebenarnya, naik dan turun harga adalah gejala. Akar penyebab berkurang (mengempis) atau meningkat (membesar-besarkan) dari jumlah wang yang beredar. Emas memiliki kemampuan yang luar biasa untuk menyimpan nilai dalam kedua-dua gejala deflasi dan inflasi itu.


Rakyat Zimbabwee terpaksa 'menggendong' jutaan wang kertas bagi membeli barangan harian


Kaedah yang betul untuk berfikir tentang memiliki emas adalah sebagai simpanan atau pelaburan. Emas adalah penyimpan nilai yang hampir tercicir dari arus ekonomi. Tidak seperti bursa saham atau bon kerajaan - emas akan selalu mempertahankan nilainya. Hampir setiap negara mempunyai setidak-tidaknya satu "krisis matawang" yang teruk selama seratus tahun terakhir. Bagi mereka yang memiliki sebahagian dari kekayaan dalam bentuk simpanan dan pelaburan emas akan terselamat. Sayangnya ramai orang melihat tabungan emas mereka menjadi tidak berharga - kadang-kadang dalam hitungan hari.Simpanan emas akan dilihat bernilai untuk jangkamasa panjang.Nilai emas akan menjadi lebih utuh dan nilai yang kekal sepanjang zaman.


Nilai duit untuk membayar harga secawan kopi di Zimbabwee

Jadi, berfikir tentang emas sebagai pelaburan jangkamasa panjang. Jangan berfikir emas sebagai cara untuk "membuat wang mudah." Lebih baik membeli emas dalam jumlah yang kecil tetapi secara teratur, setiap bulan misalnya, selama jangkamasa tertentu.Peruntukan 10% dari kekayaan dikhususkan untuk emas adalah keputusan peribadi dan bergantung pada situasi tertentu. Dalam jangkamasa ketidakpastian,peratusan tadi akan meningkat nilainya jauh lebih tinggi.


Tanda harga barangan pasar di Zimbabwee dalam nilai jutaan


Jangan khuatir tentang menjual emas ketika tiba saatnya. Emas diakui dan dihargai di mana-mana di dunia. Lebih mudah untuk menjual emas daripada membeli emas! Tentu saja emas dapat digunakan dalam perdagangan barter atau seperti yang terjadi selama ribuan tahun.


50 juta dollar untuk sesikat pisang di Zimbabwee





Secara ringkasnya,emas adalah aset berharga yang utuh terhadap ketidakpastian ekonomi. Emas dapat melindungi terhadap gejala deflasi dan inflasi walaupun wang fiat menjadi tidak bernilai.


Jadi sebagai kesimpulan bagi entry saya untuk kali ini ialah, Melaburlah di dalam emas........